top of page

SOALAN LAZIM TENTANG PINJAMAN PERIBADI MALAYSIA

Sama ada anda ingin membeli perabot baru, melakukan pengubahsuaian rumah, menjelaskan bil rawatan, membiayai perkahwinan atau bulan madu anda mahupun untuk melangsaikan hutang semasa, pinjaman peribadi mungkin menjadi jawapan kepada keperluan tunai jangka pendek anda. Pinjaman peribadi amat berguna bagi mereka yang memerlukan sejumlah wang tunai dengan segera, sama ada untuk pembelian item besar atau sebagai bantuan sewaktu kecemasan atau mengharungi kekangan kewangan jangka masa pendek.

BAGAIMANAKAH PINJAMAN PERIBADI DI MALAYSIA BERFUNGSI?

Pinjaman peribadi secara amnya boleh didapati serendah RM1,000 sehingga RM150,000 ke atas*. Jumlah pinjaman anda bergantung kepada kelayakan anda (contohnya keupayaan anda untuk membayar balik pinjaman tersebut), serta syarat-syarat yang ditawarkan oleh pemberi pinjaman. Jika anda ingin meminjam lebih daripada julat ini, mungkin pinjaman bercagar adalah pilihan yang lebih baik untuk anda.
Apabila anda mengambil pinjaman dengan bank, anda akan menandatangani perjanjian pinjaman yang menggariskan jumlah yang dipinjam, kadar faedah dan jumlah bayaran balik bulanan anda. Perjanjian ini juga akan menyenaraikan pembayaran balik pinjaman anda – bayaran bulanan anda berserta tempoh pinjaman dalam tahun dan bulan secara terperinci. Sebagai panduan, semakin lama tempoh pembayaran balik anda, semakin tinggi jumlah pembayaran anda.

PINJAMAN BERCAGAR BERBANDING PINJAMAN TIDAK BERCAGAR

Pinjaman Bercagar:

Pinjaman bercagar merupakan pinjaman di mana peminjam menawarkan aset mereka, seperti kereta atau rumah sebagai sekuriti atau cagaran bagi pinjaman mereka. Oleh itu, kos pinjaman biasanya adalah lebih rendah daripada pinjaman tidak bercagar. Walau bagaimanapun, peminjam perlu bersikap cermat terhadap keupayaan kewangan mereka untuk membayar balik pinjaman tersebut. Kegagalan membayar balik pinjaman akan menyebabkan aset keselamatan mereka ditarik balik.
 

Pinjaman Tidak Bercagar:

Pinjaman tidak bercagar pula adalah lebih sukar untuk didapati kerana peminjam tidak diwajibkan untuk menawarkan sebarang bentuk aset sebagai cagaran. Oleh itu, mereka perlu meyakinkan pemberi pinjaman akan keupayaan kewangan atau kestabilan kredit mereka. Ini adalah untuk memastikan supaya peminjam berkemampuan untuk membayar balik pinjaman tersebut.

Dengan pinjaman peribadi tidak bercagar, kos pinjaman juga adalah lebih tinggi kerana pemberi pinjaman mengambil risiko yang lebih tinggi semasa menyediakan pinjaman. Walaupun peminjam tidak memberikan apa-apa bentuk cagaran kepada pemberi pinjaman mereka, ini tidak bermakna bahawa mereka boleh melarikan diri daripada membayar balik pinjaman tersebut dengan sepenuhnya. Pemberi pinjaman berhak membawa peminjam ke mahkamah dengan tujuan mengambil alih dan menjual aset peminjam untuk menggantikan sebarang kerugian yang dialami.

ADAKAH PINJAMAN PERIBADI BAGUS UNTUK ANDA?

Pinjaman peribadi adalah penting bagi mereka yang memerlukan wang tunai segera, sama ada ia adalah pembelian tiket besar atau untuk menangani masalah kewangan jangka pendek. Sebelum anda memohon pinjaman peribadi, tentukan sama ada terdapat pilihan pembiayaan lain yang mungkin lebih sesuai dengan keperluan anda. Pertimbangkan dengan teliti tentang keupayaan anda untuk membayar balik hutang, serta senario mengenai apa yang akan berlaku sekiranya anda berhenti menjana pendapatan.

Untuk Mengetahui Lebih Lanjut Mengenai Perkhidmatan Di KREDIT KOMUNITI IMPIAN FARESH, Sila Berhubung Kami Untuk Semak Kelayakan Anda SEKARANG.

Kredit Komuniti Impian Faresh Sdn. Bhd. (1199666-U) © Copyright 2013. All Rights Reserved.

  • Facebook
  • Whatsapp
  • Instagram
bottom of page